Selangor - Melaka - Johor

PERLAWANAN TERBUKA SUKAN PEDANG PAHLAWAN DI BATU CAVES

Pada 31 Julai yang lepas, pihak Pahlawan telah mengadakan pertandingan terbuka SPP

di Karnival Jelajah Selangor Penyayang bertempat di Padang Awam Batu Cave.

Acara ini bermula daripada pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 6 petang.

Pelbagai teknik dan kemahiran dipamer dan dilagakan oleh para peserta,

tidak kurang juga dengan sambutan para penonton yang teruja melihat kehangatan

pertempuran tersebut.

Selain itu, pertandingan ini juga mendapat sambutan hangat dari pelbagai perguruan

daripada seluruh Malaysia bahkan juga ada yang datang daripada Belanda.

Akhirnya saudara Aimullah Afif bin Abdullah muncul sebagai juara pertandingan.

Akhir kata, pihak Sukan Pedang Pahlawan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

mereka yang menyertai dan menyokong perjalanan pertandingan ini setelah 3 tahun lamanya

tidak berjalan. Pihak SPP juga mengucapkan tahniah kepada Pahlawan baru dan kepada

semua para peserta dan mengajak untuk menyertai pada pertandingan akan datang.

Galeri penuh di https://www.pahlawan.my/galeri/

Next Post

Previous Post

Leave a Reply

© 2024

Theme by Anders Norén